Untuk setiap celik yang bersapa,
Walau senyum penuh ceria,
Atau raung dan tangis tak semena,
Hingga kadang menyesakkan dada,
فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Pada setiap hingarnya jiwa,
Ada mata yang sudi membalas tatap,
Masih ada telinga yang tak lelah menadah,
فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Untuk setiap jatuh, tapi bersambut,
Setiap air mata yang gugur, berseka,
Untuk merasa bahawa esok itu masih ada,
فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Kerana dalam sesetengah jiwa,
Harapan itu,
tak terjengkau mahalnya,
Walau sekadar untuk dirasa,
Dan esok baginya, walau masih ada,
Terkabur di mata.
Maka yang mana,
Nikmat Tuhanku yang akan kudusta?
Walau senyum penuh ceria,
Atau raung dan tangis tak semena,
Hingga kadang menyesakkan dada,
No comments:
Post a Comment