Tuesday, November 5, 2019

Ayah

Kerana laut,
Kadang hasilnya perbualan

Wujudnya canda,
Adalah dek bintang dan bulan

Aku dan dia,
Perantaranya kejanggalan

Dia pemerhati alam,
Aku pencinta susunan kalam

Dalam sedikitnya persamaan,
Tuhan izinkan sebuah ikatan

Aku dan dia,
Tak pernah sedarah

Tetap,
Dia sudi kugelar ayah.



No comments:

Post a Comment